Saturday, 16 May 2015

dugaan ketika bertunang

lama sangat tak menjengah ke blog. sibuk dengan final year, tesis bagai, macam-macam lah. acc maton dah pun selamat bertunang pada 7/2/2015 haritu. dah tiga bulan lebih la alhamdulillah. sebelum bertunang memang akan dapat lah nasihat dari mak ayah, jiran-jiran mak sedara suma yang suruh maton kuatkan hati, jaga diri time darah manis ni. memang takut dan seram jugak bila orang tua pesan macam tu.

maton dengan tunang maton ni kenal memang dah lama. kami pernah bercinta dulu sebelum putus dalam dua tahun jugak tak contct. sebelum maton ambik keputusan nak bertunang dengan dia, maton baru ja lepas putus cinta, patah hati sangat. bila dia dapat tahu dia ajak maton serius terus. maton masa tu jadi macam malas dah nak bercinta lama-lama, maton bincang terus dengan mak ayah. alhamdulillah, tunang maton ni memang pilihan mak maton lah. cumanya di awal-awal tu hati maton ni tak sepenuhnya pun ada rasa sayang pada tunang. maton selalu pujuk diri, inshaAllah sayang tu boleh hadir. dan alhamdulillah lepas bertunang perasaan sayang tu makin dalam dan memang maton dapat rasa "cinta" tu dengan dia.

tapi tu lah kan orang cakap, langit dan selalu cerah. memang ya kami ada jugak bergaduh hal kecik-kecik macam pasangan biasa yang lain. setakat ni tak da lagi gaduh yang besaq-besaq sampai campak kerusi meja tu tak dak la lagi. bercinta waktu umur sekarang ni dah tak sama dengan bercinta masa kita remaja umur 18 ke 20 mcm tu. dah tak mesej 24 jam, call memanjang. bercinta cara matang ni sekali sekala ja mesej, kalau busy memang tak mesej lansung lah. kalau bergaduh pun tak main la update-update status kat fb, wechat bagi satu dunia nampak kan.. haha.*elergic dengan manusia kaki update status*

cumanya kan, maton tak tau apa yang maton rasa ni satu benda yang normal mcm orang lain jugak, atau maton ja yang over. tiap kali maton berselisih faham dengan tunang, maton suka pikir jauh ke depan. maton akan pikir nanti dah kawen, mesti dia dah tak pujuk aku. mesti layanan dia lain sebab masa tu dah jadi bini pun. masa bertunang sekarang pn kalau gaduh dia dah kurang pujuk-pujuk ni. kalau pujuk pun pujuk cara serius je. menyampah!  macam-macam lagi lah yang maton pikir apa akan jadi lepas kawen nanti. kadang-kadang sebab terlalu pikr benda macam ni la buat kan maton rasa was-was nak kawen. rasa macam tak bersedia la, tak yakin. kadang-kadang pikir pasal tanggungjawab lepas kawen pun buat maton takut, rasa macam tak mampu ja nak pikul.

normal ka haa orang bertunang akan ada godaan macam tu. perasaan macam tu? ni pun maton kira macam dugaan jugak. mungkin la tu mainan iblis ja nak sesatkan kita tak bagi kita bina masjid, dan ramaikan umat nabi Muhammad saw kan. mungkin, mungkin. *sedapkan hati*
maton harap sangat maton boleh tempuh dugaan ni sampai ijabqabul nanti. inshaAllah lah kan. mohon doa dari semua orang semoga impian nak berumah tangga tercapai. aminn :)


1 comment:

  1. Waaaa.. Dh lama xjenguk donia belog ni.. rupa2nya cekgu dh bertunang pn.. Haha.. Tahniah2.. InsyaAllah bahagia selalu hendaknya..

    ReplyDelete