Thursday, 12 June 2014

Keluarga


maap gambar tak ada kaitan dengan tajuk


Alhamdulillah, kenyang sungguh perut ni lepas kena sumbat dengan nasi goreng ayam masak kunyit yang dibeli di cafe petang tadi.. peberet maton lettew.. sebab kat cafe tu, menu ni ja yang maton rasa sedap.. yang lain tu, emm no komen lah.. nanti dikatanya kita tak bersyukur..tapi kalau dah harga yang dibayar tu tak setimpal dengan makanan yang kita dapat memang nak bebai jugak lah kan.. eh tak mau moody-moody.. sebab sekarang ni maton tengah mood rindukan family kat umah..wuuu

tak sabaqnya nak balik umah.. maton memang macam ni, kalau tak dak benda nak buat (padahai sepatutnya study lah woii), maton mula la duk tengok  folder picture dalam laptop gambar-gambar family.. call mak ayah, acik..haha.. lpas tu duk layan perasaan sorang-sorang.. duk bayang family makan ramai-ramai kat ruang tamu.. jiran-jiran datang melepak bersembang depan umah.. ahhh nikmatnya..haha

tetiba maton teringat dulu ada sorang dua kawan maton yang jenih tak suka balik umah..lebih suka duduk kat kolej ataupun join mana-mana aktiviti universiti.. maton bersyukur sangat sebab Allah titipkan rasa sayang dekat family dalam diri maton, sebab tu maton rapat dengan family, ada masalah kongsi dengan family, susah senang sama-sama.bila berjauhan asyik teringat ja..harap-harap perasaan ni akan kekal dalam hati maton sampai bila-bila.. sebabnya maton tengok kawan-kawan yang tak rapat dengan family ni kebanyakkannya ada konflik tertentu. atau dalam istilah kaunselingnya "unfinished business" antara anli keluarga.

bila tengok situasi di sekeliling, maton tanam azam dalam diri, inshaAllah suatu hari nanti kalau diizinkan Allah untuk bina sebuah keluarga sendiri, maton nak sangat hidupkan keluarga dengan kasih sayang.. supaya semua rasa dekat dan sayang satu sama lain.. letakkan keluarga no satu dalam apa jua keadaan.. anak perempuan boleh berkongsi cerita dengan ayah, ayah lelaki boleh bermanja dengan mak.. macam tu la lebih kurang (menaip sambil sengih sorang sorang). dan yang paling penting didik anak-anak sedari kecik dengan ilmu agama dari kecik..itu yang penting.. kira entry kali ni lebih kepada keluarga impian maton lah..hikhikhik..

tak salah berangan, sebabnya dengan angan-angan tu lah yang menggerakkan kita untuk mencapai apa yang kita angankan tu..betul tak? mesti la betul, maton mana penah salah *duuushhh*



No comments:

Post a Comment