Wednesday, 24 September 2014

kecik hati kah aku? atau hatiku kah kecik ?


emm..lamanya tak hapdate.. soo busy dengan praktikum.. dah minggu ke 11 pun..tnggal lebih kurang 5 minggu ja lagi.. dah minggu hujung-hujung ni dah mula la pandai nak mengulat, nak mencilok nak menipu suma ada.. so dapatlah curik masa sikit nak bersenang lenang kat library ni kan.. sambil menung menung masa depan yang tak nampak cerah ni, mendung semacam ja tetiba teringat nak mengadu ke blog ni ha.. 

ekceli nak cakap, kita kecik hati..kecik hati ka? tak tau la..tacing..macam tu lah lebih kurang.. tacing sangat :(
tak tau nak cakap macam mana..bila orang yang rapat dengan kita, dah jauh dengan kita.. layan pun lebih kurang.. betul betul buat hati ni tersentuh sangat..macam tisu plak dah..tup tup tup.....
H.I.L.A.N.G



Thursday, 12 June 2014

Keluarga


maap gambar tak ada kaitan dengan tajuk


Alhamdulillah, kenyang sungguh perut ni lepas kena sumbat dengan nasi goreng ayam masak kunyit yang dibeli di cafe petang tadi.. peberet maton lettew.. sebab kat cafe tu, menu ni ja yang maton rasa sedap.. yang lain tu, emm no komen lah.. nanti dikatanya kita tak bersyukur..tapi kalau dah harga yang dibayar tu tak setimpal dengan makanan yang kita dapat memang nak bebai jugak lah kan.. eh tak mau moody-moody.. sebab sekarang ni maton tengah mood rindukan family kat umah..wuuu

tak sabaqnya nak balik umah.. maton memang macam ni, kalau tak dak benda nak buat (padahai sepatutnya study lah woii), maton mula la duk tengok  folder picture dalam laptop gambar-gambar family.. call mak ayah, acik..haha.. lpas tu duk layan perasaan sorang-sorang.. duk bayang family makan ramai-ramai kat ruang tamu.. jiran-jiran datang melepak bersembang depan umah.. ahhh nikmatnya..haha

tetiba maton teringat dulu ada sorang dua kawan maton yang jenih tak suka balik umah..lebih suka duduk kat kolej ataupun join mana-mana aktiviti universiti.. maton bersyukur sangat sebab Allah titipkan rasa sayang dekat family dalam diri maton, sebab tu maton rapat dengan family, ada masalah kongsi dengan family, susah senang sama-sama.bila berjauhan asyik teringat ja..harap-harap perasaan ni akan kekal dalam hati maton sampai bila-bila.. sebabnya maton tengok kawan-kawan yang tak rapat dengan family ni kebanyakkannya ada konflik tertentu. atau dalam istilah kaunselingnya "unfinished business" antara anli keluarga.

bila tengok situasi di sekeliling, maton tanam azam dalam diri, inshaAllah suatu hari nanti kalau diizinkan Allah untuk bina sebuah keluarga sendiri, maton nak sangat hidupkan keluarga dengan kasih sayang.. supaya semua rasa dekat dan sayang satu sama lain.. letakkan keluarga no satu dalam apa jua keadaan.. anak perempuan boleh berkongsi cerita dengan ayah, ayah lelaki boleh bermanja dengan mak.. macam tu la lebih kurang (menaip sambil sengih sorang sorang). dan yang paling penting didik anak-anak sedari kecik dengan ilmu agama dari kecik..itu yang penting.. kira entry kali ni lebih kepada keluarga impian maton lah..hikhikhik..

tak salah berangan, sebabnya dengan angan-angan tu lah yang menggerakkan kita untuk mencapai apa yang kita angankan tu..betul tak? mesti la betul, maton mana penah salah *duuushhh*



Tuesday, 10 June 2014

Pre Wedding Back To School




well, maton masih berada dalam mood bersenang lenang goyang kaki sambil menari samba diiringi muzik rancak gittuww.. disebabkan terlalu lalai dengan nikmat lapang harini, dah tiga movie korea maton khatam, ditambah dengan makan tidoq macam ulaq sawa dan blog walking di malam hari.. haaa indah kan hidup maton harini.. tengok la nk dekat next paper nanti, ada rupa macam manusia ke idok lagi maton ni.. haha

so maton bukan nak cita pasai cita korea ka hapa, maton nak gtau apa yang maton duk baca kat blog malam ni..tau maton google apa? haha.. macam gedik ja kan..duk google pre wedding bagai nih.. bukan sebab hormon nak kawen meningkat ka apa, cuma tengah bw tadi, ada satu blog ni post pasal dia punya photoshoot pre wedding.. apa yang menarik hati nurani maton ialah tema dia tu.. back to school.. sweet kan? gila lah tetiba maton gedik macam ginih.. banyak jugak lah pasangan2 yang nak kawen tu buat tema ni sekarang masa maton duk google tadi.. dan kebanyakkan depa yang buat tu haruslah bercinta nya sejak zaman  monyet sekolah lagi kan.. cinta monyet lah katakan.. kalau dah sampai ke jinjang pelamin tu alhamdulillah.. dh upgrade jadi cinta sejati..aiseehh

dalam banyak-banyak gambaq yang maton tengok tadi, ada beberapa gambaq yang berjaya menawan hati maton.. tak tau kenapa.. suka sangat.. nanti maton punya pre wedding nak buat tema apa haa? eh berangan.. tu pun kalau hang kawen maton oi.. dah kenapa sedih sangat ni hina diri sendiri..sobs sobs sobs :(






cantik kan? emm nak kata cantik sangat tu tak dak lah, tapi entah lah bila maton tengok gambaq ni macam ada nilai sentimental tau.. seni la sangat kan.. haha.. gambaq last mengingatkan maton pada someone.. dia igt maton lagi dak? :)
ada lagi simpan rupanya :)


ehh dah dah.. cukup la sikit-sikit menggambit memori yer dak.. its ok.. i'm happy now :D ada kawan-kawan, keluarga, jiran-jiran..eh? haha..jiran-jiran pun termasuk ok sebab maton memang seorang yang sangat rapat dengan semua jiran jirannya..ewahh. okeh, esok kalau maton ada masa maton nak merapu lagi kat blog ni..tak suka? eh kisah pulak..haha..

*kredit kat encik google yg kacak untuk semua gambar-gambar tersebut.. kecuali gambar last tu.. :)

Monday, 9 June 2014

maton nak bohong


lamanya tak menjenguk ke blog usang ni.. sibuk sangat sampai tak tau nak buat apa.. hekhek.. hari ni baqu qasa macam ada kelapangan sangat tu yang tergerak hati nak belanja satu entry ni.. *ada ka orang nak baca* haha..acc aku baru mula final exam harini, dua paper yang setel, tinggal tiga ja lagi.. tapi sedikit frust la bila paper major subjek etika kaunseling aku kantoi dekat esei.. dah la 10 markah beb.. :'( menangis tadah baldi pun tak guna.. aku pulun jugak la study cuma nasib tak berapa nak baik yang aku study tu boleh kata 90% masuk dalam bahagian objektif. ahh punggah! tapi tu la Allah mudahkan aku untuk paper sejarah petangnya tu.. Alhamdulillah A+ lulus dalam tangan.. hihihi

haa back to the point omputih cakap kan, mcm tadi aku gtau aku ada masa lapang yang tahap melampau punya sebab gap untuk next paper 8 hari kemudian nuh.. bapak lama. qasa macam nak tidoq smpai 7 hari kemudian ja baqu bangun.. *tak bangun teruih baqu hang tau maton! * punya tak tau nak buat apa, nak tengok movie line lembab macam siput vavi, nak sembang tak dak kawan, nak makan, duet makanan abeh.. pusing tunggang terbalik punya pikiaq, eh? lama tak memohong kat blog kan? so apa lagi tersengih depan lappy ni memikiokan apa aku nak bohong malam ni..

so tawan tawan *gedik* malam ni i rasa i nak story dekat uolss pasal kawan i.. kawan baik i.. yaka? tak tak.. dia kawan yang saaangat baik bagi i.. i tak penah jumap orang macam dia.. acc dia lelaki berumur 23 tahun, let me introduce him as a Z.. maklumat sulit terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.. alah point dia aku nak story pasal dia, pasal persahabatan kami, pasal aku banyak susahkan dia, pasal kebaikkan dia, sabar dia dan juga yang paling best dia kawan yang paling havoc kalau nak ajak mengumpat..haha.. bukan mengumpat dengki tu idok ler, macam kalau orang buat benda pelik2 sikt mula la kami berdua bagi "komen komen" bernasss saaanad! haha.. jaga-jaga enrtry kali ni mau dalam lima enam tujuh page.. so kalau yang tak makan lagi tu, solat ka baik sudahkan apa yang patut dulu..

okeh, kita mulakan dengan perkenalan aku dgn dia.. *dah kenapa lain macam sangat bunyi ni* okelah kita pendekkan eh, aku kenal dengan Z dalam fb ajerr.. aku jarang approve orang tak kenal ni, tapi bila aku tgk profil Z ni, ooo dia ni kwn kepada kwn aku (kawan tu pun aku kenal dalam train ja, panda tidoq mati aku bagi nama kat dia). Z ni asalnya study maktab, mcm mana ntah aku nak terang aku pun tak tau macam mana dia boleh lepas study kat upsi ni..haha..ada lah program apa ntah..so mula dari situ Z chat aku smbang rancak lah sebab tau geng utaqa jugak habaq hang..lama-lama makin syok kawan dengan Z ni..makin hari makin rapat makin masuk kepala makin masuk ayaq..eh dak.. haha..

macam mana aa aku nak describe personaliti Z ni.. aku tak reti, tapi apa yang aku boleh cakap kalau tengok muka kemain nampak skema, pendiam..eh tapi dia memang pemalu pendiam sikit..cuma kalau dalam mesej ja dia rancak semacam macam dah kenai 30 tahun.. boleh dikatakan personaliti aku dengan dia berbeza sangat, aku kasaq dan panas baran.. dia sopan dan penyabaq tahap klcc orangnya.. alaah mulut ja dia tu cakap nak mrah tapi dak pun..hahha..aku sendiri pun dah lama kawan dengan dia, kami ada la kot dalam tiga kali jumpa..aku ingat lagi, 1st time jumpa aku pi pinjam hard disk dia konon nak khatam segala movi yang ada dalam tu.. lepas tu aku curi-curi tengok gambaq dia dalam tu walaupun dia dh pesan jangan tengok..maton ni ingat nak dengaq cakap sgt ka? hahahah.. sori awookk..(amboi kemain banyak gambaq selfie yeee) kali kedua dia mai kolej aku bagi buah tangan sikit dari teluk batik. kali ketiga plak terserempak ja dekat open day kz. bagi aku tak semestinya kalau berkawan tu kena jumpa selalu kena keluaq sana sini, baqu havoq orang keyel kata yerr dak? lagipun ni persahabatan laki pompuan, ok what setakat macam ni..

eh eh lagi aku nak cita ni.. Z ni memang patut jadi kaunselor, bukannya aku! tapi tak kan aku nak jadi cikgu bi plak yer dakk.. speaking pun kelaut.. kenapa aku cakap macam tu sebabnya baru-baru ni aku mengalami satu keadaan di mana dalam istilah saintifiknya aku disahkan menghidapi sindrom meroyan akibat putus cinta.. haa naahh ambik hang.. Z merupakan antara orang yang paling banyak aku share pasal masalah aku ni selain nani.. nani aku takut takut sikit nak share sebab dia emo lebih bab aku dengan tuuutt tu.. sebabnya dari dlu g dia tak bapa setuju..haha..eh keluaq tajuk plak.. next time aku update entry pasal nani kedondeng tu plak.. so banyak la aku luahkan masalah aku mintak pendapat, nasihat dan sebagainya.. kadang2 qasa bersalah plak aku sesakkan kepala dia dengan masalah bodoh aku ni sedangkan dia pun tengah bergelut dengan praktikal dia..

apa yang aku respect dekat Z ni, kata-kata nasihat dia tu selalu menyentuh hati, maknanya macam menyuntik semangat aku yang down masa tu.. selalu aku cari dia bila aku agak-agak macam mula lemah, tak kuat dan macam-macam lagi lah.. kalau aku blur selalu aku mintak pandangan dia,, kalau aku marah pun cari dia jugak nak lepas.. nak ajak bergosip apatah lagi kan..haha..sebab tu nani panggil dia Z**** Jemah.. haaa kelas kau jah..hahah.. dia memang kawan yang baik...sangat! itu lah aku ni kadang2 qasa bersalah bila aku ingat balik aku selalu menyesakkan dia dengan masalah aku..kdang2 malu jgak tapi yelah kan kalau dh manusia bernama maton ni, malu dia tu tahan lama mana kan..

tadi macam banyak ja aku nak menipu pasal Z dalam entry kali ni, tapi tetiba macam dah blur plak.. tak kan nak wassap dia tnya "eh awak, apa lagi haa yang saya patut cerita pasal awak dalam blog ni?" emm.. setakat ni dulu lah kot aku nak membohong pasal Z.. len kali kalau ada lagi cerita yang menarik, aku akan kongsikan kat sini..aacceewaahh... bajet hijabsterr pemes pulokk.. so sebagai penutup izinka aku menyampaikan ucapan buat kawan baik aku ni cikgu Z, semoga awak sentiasa berada di bawah payung rahmatNya, diberi kesihatan yang baik, kesejahteraan dan rezeki yang tak putus-putus.. dan juga semoga kita jadi kawan baik selame lameeenyeerr.. sampai nanti anak-anak kita berkawan jugak..hahha.. jauh benor hoi hang pikiaq maton.. okeh okeh..tata uollsss..lebiuuu..
salam :)

Friday, 2 May 2014

kosong


kosong..
kosong..
kosong..

*diam*

kosong..
kosong..
kosong..

*pejammata*

Friday, 14 March 2014

Listen to me.. please..

diri aku sekarang ni berada dalam situasi di mana i cant do anything for my right. tersepit, sesak dada nak bernafas pun. bila dilihat ke belakang semula, yaa memang aku ambik keputusan yang berisiko.. tapi aku pun manusia biasa, yang tak lari dari buat salah, ada nafsu, keinginan nak happy macam orang lain. so salah sapa?

tak.. tak dak salah sapa-sapa.. cuma kalau aku diberi peluang untuk jelaskan hal sebenar, pertahankan diri, everything gonna be alright..hopefully.. acc, i really dont care about a lot of things, but when i do care, i care too much.. sampai bagi kesan pada emosi aku, rutin harian macam2 lagi la.. aku sendiri pon tak pasti sampai bila aku boleh bertahan.. dan bila sampai masanya aku feed up, apa akan jadi? aku takut nak fikir.. bila aku serabut, aku berharap masa tolonglah berlalu dengan pantas, supaya aku tak merasai setiap detik yang menyakitkan ni. di mana penamat cerita ni? ya Allah, air mata ni tak pernah kering. kadang2 rasa berdosa air mata ni membazir pada perkara yang selain Dia.. 

sampai bila? sampai bila? tak ada jawapan.. aku akan tunggu, sampai semuanya jelas.. setia menunggu keadaan kembali normal.. semoga aku terus bertahan.. tunjang kekuatan hanya diri sendiri yang mampu keluarkan.. jadi, tabahlah wahai halimaton.. orang lain tak tahu how strunggle u are sayang.. only yourself know it. so be patient. the best things happen unexpectedly :') trust Him, the one and only who always listen for u.
salam.

Thursday, 6 March 2014

tak faham!


lamanya rasa tak merapu meraban dekat blog. kekangan masa dan jugak mood menulis yang tak kunjung tiba mungkin penyebab utama blog ni sunyi sepi. aahh, lantak lah..bukan ada yang membaca pun..haha.. menulis di blog ni pun sebagai salah satu cara aku tak lupa akan sesuatu peristiwa yang penting dalam hidup aku..tu ja..kannn kannn...eh!

sat ja masa berlalu, dah semester 6 pon! umur pun dah 23 tahun, tapi kalau ikut bulan masih sweet 22 lah..klau ikut muka plak super sweet sixteen yaauuw! tahap kemalasan nk belajar tu makin menjadi-jadi ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.. *macam tak masuk ja kan* lantak! kadang-kadang qasa nak cepat ja abes belajaq.. tapi dalam masa yang sama qasa sedih plak nanti dah tak boleh nak berjimba-jimba, bergurau senda bergelak sakan bergedik santai dan sebagai nya dengan kawan-kawan tersayang.. aaarrghhhh... manusia manusia.. gila!

aku pun tak dak idea sebenaqnya malam ni, saja ikut ja apa yang dalam kepala nak keluaq, aku taip.. dan tetiba qasa nak menangis.. so nak menangis dulu lah..esok aku sambung meraban.
nampak kekecauan tu kan? ok bai!

Wednesday, 1 January 2014

2014




alhamdulillah, 2013 dah pun berlalu.. jangan dipandang ke belakang lagi.. teruskan maju ke hadapan. inshaAllah, akan aku gagahkan diri yang kerdil ini untuk berhadapan dengan segala cabaran, rintangan mendatang. semoga Allah berikan aku kesempatan untuk merasai nikmat hidup di tahun 2014 ni.aminn ya rabb