Sunday, 26 May 2013

Program Kesedaran Beladiri & Sukan

dah berlansung dah seminar ni semalam.. disebabkan aku ambik subjek takwando, so wajib la untuk aku pi seminar ni. mula-mula aku memang tak mau pi.. dengan kena bayaq lagi ambik masa hujung mnggu aku lagi..memang tak mau la. tengok2 pengarah program cakap seminar ni melibatkan 30 markah..hah? ternganga aku.. bukan apa bila sebut seminar seminar tu aku duk bayang dah mesti ianya ceramah yang membosankan..memang tak mau la.. tapi dh main dengan 30 markah aku nak cakap apa lagi.. kira rela paksa aa nih..


tetapi sangkaan aku meleset jauh baq hang..gila best seminar ni.. bukan duk dengaq ceramah ja tapi kami berlatih buat aksi..cewah aksi la sangat..hahha..penceramah pon hensem! Grand Master Dr Alif Aiman Abdullah.. pergghhh memang hebat la beliau ni..baca biodata dia saja dah bapa banyak gelaran dia, anugerah, sumbangan dan macam-macam lagi la.. lagi pulak dia ni memang pandai menarik perhatian pelajar-pelajar.. kira tak bosan la.. awai2 tu aku takut jugak tengok muka kelat dia.. eh, tak lupa juga pembantu dia HASSAN..hahha..ensem jugak..selalu jadi mangsa untuk tunjuk contoh.. Hassan ni orang belah2 mesir sana nuh

nani, fas, aku dan zimah

ni la Dr Alif Aiman Abdullah :)

bersama adik adik comel ni.. *kakak2 pun comel..hikhik

poyo memasing..haha

takut dak.. haha

aku letak gambaq ni dalam fb semalam, pakat pakat duk kutuk aku..kuqang asam!



okey sila layan video aku dengan nani nih.. hahah


kesedaran seni mempertahankan diri ni penting wooo walaupun zaman skrg kita ada polis, rakan cop semua benda alah tu lah.. kita tetap kena sediakan diri dengan ilmu-ilmu nih.. aku dgn kawan-kawan aku ingt memang nak teruskan pon tkwando ni. tengok la macam mana nanti..kekangan masa tu la masalah..okey..adiooss



Sunday, 19 May 2013

Dinner KASIH, Upsi 2013

penaattttttttttttttttttttttttttttttttttttt.. lega nya bila dh selesai beberapa program minggu ni.. boleh lah aku nak fokus kepada esemen yang duk merayu supaya siapkan dia cepat!. aku nak kongsi beberapa gambaq masa dinner baru baru ni.. semua gambaq ni dalam enset farah. aku malas nak pi ambik kat len.. so memang penuh muka kami kami sahaja..peace!
acc tema bagi dinner ni ialah colour blocking.. memang best tema ni sebab dia menaikkan susasana majlis yang agak suram disebabkan tempat yang terhad. tima kasih kepada yang empunya idea. kihkihkih

farah dan zaff
lawa gila baju farah ni.. zaff pun sama.. semaaattt baq hang! hahaha.. sweet tak mereka? oh no jangan salah faham mereka hanya kawan.. kawan baik uooollsss.. mungkin hati zaff telah berpunya namun farah masih single.. so berminat? sila pm.. hahah


aku yang ambik gambaq ni.. comey kot farah posing gini.. aku siap suruh farah buat DP lagi.. dan ya memang beliau buat.. hehehhe




okeh, ni ialah cik fai iaitu tutor di jabatan aku.. cik fai ni memang terbaik.. aku tak penah jumpa oqang yang sabaq, ringan tulang macam ni. u know what, dia ni bila kita bercakap dengan dia, dia sebolehnya akan mudahkan kita. tak kiqa la sebesaq mana pon masalah yang kita bagi atas kepala dia, she always smile! amazing! hahaha.. dan satu sikap dia yang aku sedang belajar juga ialah untuk menjadi sabar.. cik fai selalu cakap sabar sabar sabar.. hehehe.. inshaAllah akan diusahakan!






sayangnya nisah tak dak.. sebab dia dah janji dengan kawan dia nak pi keyel.. last2 tak jadi pi pon.. sobs3.. alangkah bagusnya kalau nisah ada sekali time ni.. tak lengkap geng kosong ni!

nani dan nizam.. depa ni selalu jeles aku dengan poji.. hahaha


untung lah nizam diapit oleh awek cun..kihkihkih






atoto... kawan kawan aku hat comey blaka.. apayah lagi kalau hat yang ambik gambaq pon lagi comey kan kan kan kan



aah sudah aku nak sambung buat esemen dr b!




Thursday, 16 May 2013

SELAMAT HARI GURU!

okey, selamat hari guru diucapkan kepada semua guru di Malaysia dan seluruh dunia lah.. tak kira la di mana jua kalian berada.. selamat hari guru nah nah.. rindu pada cikgu cikgu di sekolah..kalau boleh nak ja sambut hari guru dengan semua cikgu cikgu.. tapi apakan daya kekangan masa dan jarak.. apa apa pun kalian tetap sentiasa dalam doaku..
sayang kalian :')

Tuesday, 7 May 2013

pahit di awal, manis menanti di hujung


badan terasa lemah, otak pun sama. mental fizikal tak boleh berfungsi dengan baik.. emosi tak stabil..sangat sensitif..banyak sangat dugaan yang datang.. gagahkan jugak hati ni terima sebab aku tahu Allah tak kan uji aku melebihi kemampuan aku..

kadang-kadang terasa sedih,lemah, tak berdaya.. tak ada tempat mengadu selain Dia.. mujur jugak ada dari tak ada lansung.. aku mohon pada Mu, janganlah Kau tarik nikmat agama ini walau apapun keadaan yang berlaku ya Allah. ingatkan aku kala aku leka..leka dengan duniawi..persinggahan sementara yang penuh dengan godaan maha hebat.. yang aku jugak sesekali tewas.. bukan sesekali tapi berkali kali..malu..

aku mohon kekuatan..kekuatan semangat untuk aku tempuh smester ni yang aku kira semester paling banyak menguji, mencabar dan berjaya membuatkan aku membazirkan air mata.. tinggal lebih kurang sebulan lebih lagi untuk tamat segalanya.. tak sabar nak bercuti bersama keluarga tenangkan fikiran..

p/s : bagi manusia yang selalu mengganggu aku, tolong pergi jauh jauh..jangan serabutkan aku..tolong faham bahasa.. kesabaran aku ada had. bila masa aku bercakap mnggunakan kekerasan itu tandanya mohon faham sendiri

selamat malam