Friday, 18 January 2013

nak diet la kunun!

aku ingat lagi masa minggu exam baru baru ni, akibat kebosanan melanda aku ajak roomate aku keluaq jejalan petang tuh.wahh dapat tengok bukit bukau memang relaks abeh la mata aku ni.yala dah duduk dalam bilik 28 jam ngadap laptop ja..apa lagi yang bulih dibuat yer dak. so kami berdua pong jalan jalan aa cuci mata.kehkeh..ramai pulak pakwe pakwe jog petang tu yerr..rezeki namanya..
tetiba daqi jauh aku nampak kawan aku,boy namanya sedang berdating dengan awek kesayangan. so dah dua dua aku kenai, aku senyum aa..malangnya mereka buat tak tau ja! aarghh..geam geam! aku pon jalan aa wat muka kelat.. tup tup boy tequq aku
 eh, maton..
disampuk pula oleh aweknya
eh,maton..ingatkan sapa tadi.
oo, nampak jugak hampa ke aku noh.igtkan tak kenai + sombong dah dengan aku.maklum lah dah lama tak keluaq bersama..hakhakhak..aku pon renyeh aa tak mau mau..
haalaaa maton la ni..ingatkan dah tak kenai maton..
seraya itu merek berdua serentak mengatakan sesuatu yang terus membuat gua sentap.sentap beb sentap.
eh, maton nampak gemuk la..sebab tu tak perasan.
haaa kejujuran mereka itu membuatkan aku melempaqkan senyuman kurang iklas.. dan spontanious aku berkata haa dah gemuk sebab tu berjogging nih..hehe..padahai dalam hati..cisss..gemukkah aku?wahaha..mungkin la, aku duk qasa mcam berat ja nak usung badan sendiri pon ke sana ke mari.
dua haqi lepaih aku pi giant dengan bad konon nak survey enset.wahwahwah..kemain kami..pastu aku nmpak alat penimbang.cepat cepat aku ajak bad timbang berat. tengok2 berat aku 45kg, tinggi plak 149cm..aku heran aa, knp tinggi aku menurun aaa..dulu 150..mungkihkah?whaha..

so benda ni suma kuatkan azam aku nak diet..yeaahh..aku setat diet smlam aa..tapi tak jadi sebab tetiba tgh malam ayah kesayangan aku belikan bihun pama(bihun segera).nafsu makan membuak buak so cancel aa diet..niat dalam hati nak setat keesokkannya..haha
simple ja aku buat.sila o sila.

lepas tu, haqi ni aku dengan anak menakan aku keluaq berjogging.kehkehkeh..konon la..lagipon bosan duduk umah saja.tak keluaq peluh. anak menakan aku ni plak gemuk gila..dia mmg rajin jogging.so aku pon ajak la dia.

baqu 13 tahun tapi bapak besaq dia ni
haa aku pon brgerak lah ke tasik kulim.dekat ja dengan umah aku dalam 5 minit dah sampai. tengok aa anak menakan aku ni tinggi daqi aku, berat dia tak silap aku 73kg kot. haa bayang tengok aa..tapi semangat nak kurus tu ada..aku dapat tengok daqi usaha dia...moh le kita kurus sama sama yer sayang..hahah

ekseennn ja lebih..baqu dua kali dah semput

boooo..hafiz bhonggg!






haa kat tasik kulim ni ada jugak itik itik kayuh bagai ni.nampk macam syok tapi tak sanggup nak nek.tingat marka lama.sobs3.. dulu kami berkayuh kat taiping nuh.hahah



memang segaq la badan aku. dulu sekolah aku aktif sukan, aku memang suka la kalau berpeluh peluh.masuk u ja tequih mandom kebabom.paihtu gaduh la nak sentap bagai bila oqang teguq gemuk! bhahaha..iyolah iyolah, lepaih ni dalam seminggu insha Allah la aku niat nak jog jugak 3 ka 4 kali.. sikit sikit lama lama bertimbun yer dak..haha..so majulah sukan untuk negara!

1 comment:

  1. Assalamualaikum.saya Aween, consultant NZ New Image. Dapatkan Alpha Lipid SD2 dengan HARGA JIMAT RM160 shj untuk 1 tin ALSD2 +Free Shaker+ Free Buku Panduan +Free Ketostik (4 strip). Harga biasa RM180. Tawaran berakhir pada 27 Feb 2013. Cepat.cepat. Jangan terlepas promosi hebat ni!! SMS/Whatsapp 0197837048 for fast reply.pengedar seluruh negeri juga diperlukan. thanks!

    http://insideoutsideofmine.blogspot.com

    ReplyDelete