Thursday, 10 January 2013

lelaki dan janggut

ni pakwe kami. ensem kan? tau dah.

Assalammualaikum wbt..


Di petang yang indah ini, aku duduk di tepi tingkap sambil mendengar kicauan burung gagak..haha.. hoii bosan tau? Dh habes berjuta movie aku tengok, penat dah nak menatap movie pon. So aku duduk mencari cari idea untuk dibohongkan dalam blog ni. Pikir punya pikir, lama..masih tak muncul idea.
Tajuk aku nak bohong kali ni ialah kelebihan lelaki berjanggut uoollss..kehkehkeh.. wahai jejaka jejakut di luaq sana tahukah anda janggut adalah antara aset yang menunjukkan anda adalah lelaki tulen. Yeaahhh tulen ok tulen. Bukan lah bermakna hampa tak dak janggut, hampa ni jenis golongan patah.. dak weh dak. Cuma bila ada janggut ni dia lebih sikit aaa..lebih dalam banyak hal..kehkeh..so pada pandangan mata gua yang cantik ni, kelebihan lelaki berjanggut ni ialah.jeng jeng jeng

· Menampakkan kelakian. Tak payah bukti lebih lebih..kuikuikui
· Nampak macho beb!
· Lebih hensem dan berkarisma kapoor!
· Nampak soleh. Uhuk3..
· Bezakan lelaki sejati dengan hat tak beqapa nak sejati *patah
· Lebih diminati pompuan. Auuww auuww
· Mempunyai manfaat dari segi kesihatan. *isteri boleh tingkatkan kesuburan kalau belai janggut laki   hampa. Hat tak kawen g jangan duk gatai!
· Mencontohi tokoh-tokoh islam
· Sah sah la sunnah nabi. Hewhew 


Tapi kan wahai lelaki lelaki sekalian, hampa kalau simpan janggut tu betoikan niat nah. Jangan niat nak goda aku pompuan,tapi untuk ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.


Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)­ 


Jadi niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Kehkehkeh. Akhir kata, wahai pakwe sekalian alam, pelihara lah jangguiitt..kehkeh..



disarankan kalau jumpa spesis gini, sila blasah qamai qamai.
pi mampuih buang lerr hat macam gini.haktuuiih betoi

hat macam ni tapa. comei. geli pon ada..hahah..
Penat membohong!


2 comments:

  1. tuudia!! segak noh hat bergambaq 3 orang tu... lenkali amek gambaq nk pose mcm tu gak lah.. hahahaha!!!

    ReplyDelete
  2. lelaki yang ada janggut memang biasa nampak macho.. tapi takmo janggut banyak2.. nanti nampak mcm tabligh.. mcm sein ruffedge ok kot.. haha

    ReplyDelete