Friday, 11 January 2013

bulu kening dan maksudnya

Assalammualaikum wbt..



dua tiga haqi ni aku asyik update pasal bulu ja kan.semalam janggut (katogeri bulu lerr tu) haqi ni bulu kening pulak..sebabnya? tak dak sebab lah. saja suka suka aku. aku suka menulis menda menda hat ada kaitan dengan aku. maknanya aku ada bulu kening la sebab tu aku tulis kali ni pasal bulu kening. haa nampak? ayat berterabuuurr abeess.

antara jenis jenis bulu kening ni ialah :

Bulu kening bertemu di tengah (bersambung) -
* suke amik pusing hal remeh.
* selalu kecik hati dan emosional.
* kuat berfikir sampai kepala tak boleh nak rest.
* kuat jeles.
* perlukan seseorang yang selalu bagi semangat dan kongsi masalah.
* suke membantah

Bulu kening tidak teratur dan liar -
* cepat terburu-buru
* kurang berhemah
* cepat terlibat dalam pertengkaran sebab selalu campur tangan
* banyak main2 sampai umur mencecah 30-an. selepas itu, pandai mengatur diri dan akhirnye berjaya.

Bulu kening lurus -
* gagah
* suke berdebat

Bulu kening melengkung -
* jenis pak lawak

Bulu kening tipis -
* tahap konfiden yang rendah
* tak percaye dengan kebolehan sendiri
* kurang berminat terhadap seks

Bulu kening tebal -* orang yang advanture dan suke mengembara
* susah nak setia pada yang satu
* banyak berceloteh
* hepi go lucky

hampa hat mana satu aa.. aku hat paling bes nuh..bulu kening mahai..bulu kening bersambung ler.wahaha..apasai suma maksudnya tak elok ja..tapi aku qasa mcam semua tu betoi ja kat diqi ini.kuikuiu..tambahan untuk kening bersambung ni, oqang tua tua cakap, akan kawen dengan oqang dekat..aauuw auuww..

macam bulu tening titeww ahh..haha

ini untuk hiburan ja nah, tak payah nak frust tequk2 pi pecaya bulat bulat. sebabnya personaliti manusia ni bukannya kekal tau?boleh berubah ubah. aku tau ler aku balajq kaunseling..perrghh.. nak habaq jugak tu.wahahaha..lagi satu, trend zaman sekarang suka sangat nak cukuq kening. hat islam la dh sah sah haram mencukuq alis tu. bakpe la nak gi cukuq jugak. tu dah masuk dalam katogeri mengubah ciptaan Allah tahu? tahu?

Daripada Abdullah bin Mas'ud berkata, 

"Allah SWT mengutuk para wanita yang mencukur dan membentuk bulu keningnya dan para wanita yang meminta untuk dicukur dan dibentuk bulu keningnya untuk mencantikkan dirinya yang merupakan perbuatan mengubah ciptaan Allah SWT."

Larangan ini disebutkan dalam hadis daripada Ibn Mas'ud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Allah SWT mengutuk perempuan-perempuan yang mentatu dan mereka yang minta ditatu, perempuan yang mencukur alis dan mereka yang minta dicukur alis, perempuan yang mengasah gigi agar lebih indah dan yang mengubah ciptaan Allah' 


okey, mesti ada jugak yang akan cakap, nih kening gua ni lebat tau?bercantum plak tuh, serabut pacak sana sini..berat nak bawak..mudarat nih mudarat..mesti dibolehkan kan kan..haa boleh hotak hang.kalau pi rujuk ke Dr mashitah tu ya la, dia suma nya boleh, hukum hudud pun dia komplain..haa tengok hebak dak dia, hebak.. sebagai contoh keratan akhbar metro kat bawah ni cer hampa tengok :

klik gambaq untuk lebih jelas


aku pun tak arif sangat bab bab hukum hakam islam ni tapi aku masih ingat subjek syariah yang aku blajaq masa form6 dulu, ustaz aku memang menegaskan lah memang haram hukumnya mencukur alis *kening nih.. dan aku yakin masyitah ni lagi arif. sepatutnya beliau perlu bagi penjelasan yang lebih kepada soalan sedari tu. mudarat mcam mana yang dibolehkan tuh.

"Walau apapun alasan yang diberikan, cukur kening tidak dibolehkan sama sekali dan hukumnya adalah tetap haram. Walau bagaimana pun dalam Islam terdapat pengecualian untuk kes-kes yang boleh mendatangkan mudarat seperti bulu kening terlalu lebat hingga menghalangkan pandangan semasa memandu yang boleh mengundangkan kemalangan. Maka ia dibolehkan tapi masih juga tidak boleh berlebihan dari masyarakat kebanyakkan..
Dalam keghairah berhias untuk kelihatan cantik menawan, jangan dilupakan akan batasan yang perlu diberikan perhatian dan jangan sesekali kita berani melanggar akan larangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT."  HERE

haa kan, manusia ni kan sebaik baik ciptaanNya. cuma kita ja yang selalu tak puas dengan apa yang ada *aku leer tu.. sebab tu kita kena rajin membaca, sebabnya akan ingatkan kita di kala kita lalai. menulis blog ni pun antara salah satu cara aku nak ingatkan diri sendiri di samping aku berkongsi dengan semua.hihihi..kankankan..

bulu kening paling canntaaaikk abad ini.. maap sedari pinjam gambaq 
tunjuk contoh supaya mudah paham,kehkhekeh
p/s : walaupun kening aku ni nampak berserabut kekadang, aku tetap suka dan tak akan mengubahnya. i love my kening..kehkekheA

No comments:

Post a Comment