Sunday, 8 December 2013

meniti hari


lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak merapu kat sini. ini boleh menggambarkan betapa maton sangat sibuk sem ni. sekarang dh minggu ke 12, esemen maton masih tak menjadi. ntah bilanya nak submit tak tiiauuuww.. back to the point, ekceli aku tengah meniti hari nak balik study week.. tak sabaq nak study *konon*.. sapa pecaya sila hentak kepala ke dinding.. dak laaaa.. macam besa la homesick satu hal, paihtu my best friends nk tunang cuti ni..wehooo..tak sabaq nak tengok minah gangster tu kena sarung cincin. haha. lepaih tu acik dah buat list aktiviti family sepanjang aku cuti ni.. amboi la acik, dia ingat aku cuti deepavali ka apa.. study week la acik, study week! haha.. 

kemain duk meniti hari, yang esemen tak siap tak reti-reti plak nak menitinya maton oi.. besa la dh nama pun maton.. nanti sapa-sapa dapat anak elakkan letak nama maton takut jd perangai pemalas serupa ini..comey ikut maton tak pa aa.. haha.. apa ntah aku merapu pagi ni.. bila serabut dalam otak ni tak dapat nak dirungkaikan, jadi gini lah. nak menulis untuk meluah tapi nk diluahkan tu pun jd masalah jugak. tak tau nak habaq lagu mana.. eh tapi bangga sat sebab ada orang rindukan blog i..hihihi.. tak sangka blog tempat aku mencarut ni pon ada jugak insan-insan berhati mulia nak membaca ye. haa baca lah baca sampai muntah!

dari semalam perut ni tak diisi, hari ni pun aku xplan nak makan.. bila tak mood, selera makan pon tak dak la gamaknya kan.. maybe sbb tu kot orang hat duk putuih cinta tu boleh jadi kuquih sbb hilang selera makan.. kankan.. *tetiba* lari topik.. hahah.. eleh, macam maton tak penah putuih cinta kan..haha..ok la tak tau dah nak merapu apa..nanti ada kelapangan, maton akan merapu lagi di sini ya wahai rakyat jelata.. sila jaga diri ok? lap u veli seterong.. mmuah!

Wednesday, 11 September 2013

kfc! selamat hari raya! selamat hari tua! sem baru!


di kesempatan ini saya ingin meminta maap buat sesiapa yang merindui saya sepanjang kehilangan saya selama beberapa bulan ini *bajet* kikiki.. ada tak orang rindu kitee aaa.?  sungguh pantas masa berlalu, tak teqasa cuti 2 bulan lebih tu. sobs sobs.. btw banyak sangat benda yang terjadi sepanjang 2 blan lebih ni.. tak larat pulak nak menaip, xsedap badan asa.. so i ringkas kan nah nah..

cuti sem kali ni, i keja kfc uoollss.. haa dengaq mmg macam bes tapi punya la penat habaq hang! hilang 3 kg badan aku cenggini.. tapi pengalaman tu paling berharga la dapat pulak kenal dgn kwn2 baru kan kan.. yang tak besnya haqi qaya pun i keja tau :( sobs sobs..  mmg hilang la nikmat raya aku tau ni.. gaji pun ciput ja, tolak beli enset baru g tinggal la bapa kupang lagi nak hidup..





lepas tu, 7 sept lepas adalah hari ulang tahun i yang ke 22.. waahh maton dh tua tapi mantain cute mcm budak form3 kan.. yang paling best ttg besday aku taun ni, bila aku sambut dengan anak sedara kesayangan aku..hehe.. adriana sofia yang super comel.. so disebabkn ni hari jadi sofia yang pertama keluarga aku buat kenduri kesyukuran yang lebih sikit lah kan.. acik aku plak buat suprise la konon letak nama aku sekali atas kek dgn sofia..tp mmg i terharu pon..hahaha
















abeh penat dengan semua tu esok pagi tros aku bertolak balik ke penjara upsi ni.. bermula lah kisah sedih aku untuk sem ni.. nantikan pulak ye ceqita2 sedih yang bakal menyusul.. :(


Sunday, 26 May 2013

Program Kesedaran Beladiri & Sukan

dah berlansung dah seminar ni semalam.. disebabkan aku ambik subjek takwando, so wajib la untuk aku pi seminar ni. mula-mula aku memang tak mau pi.. dengan kena bayaq lagi ambik masa hujung mnggu aku lagi..memang tak mau la. tengok2 pengarah program cakap seminar ni melibatkan 30 markah..hah? ternganga aku.. bukan apa bila sebut seminar seminar tu aku duk bayang dah mesti ianya ceramah yang membosankan..memang tak mau la.. tapi dh main dengan 30 markah aku nak cakap apa lagi.. kira rela paksa aa nih..


tetapi sangkaan aku meleset jauh baq hang..gila best seminar ni.. bukan duk dengaq ceramah ja tapi kami berlatih buat aksi..cewah aksi la sangat..hahha..penceramah pon hensem! Grand Master Dr Alif Aiman Abdullah.. pergghhh memang hebat la beliau ni..baca biodata dia saja dah bapa banyak gelaran dia, anugerah, sumbangan dan macam-macam lagi la.. lagi pulak dia ni memang pandai menarik perhatian pelajar-pelajar.. kira tak bosan la.. awai2 tu aku takut jugak tengok muka kelat dia.. eh, tak lupa juga pembantu dia HASSAN..hahha..ensem jugak..selalu jadi mangsa untuk tunjuk contoh.. Hassan ni orang belah2 mesir sana nuh

nani, fas, aku dan zimah

ni la Dr Alif Aiman Abdullah :)

bersama adik adik comel ni.. *kakak2 pun comel..hikhik

poyo memasing..haha

takut dak.. haha

aku letak gambaq ni dalam fb semalam, pakat pakat duk kutuk aku..kuqang asam!



okey sila layan video aku dengan nani nih.. hahah


kesedaran seni mempertahankan diri ni penting wooo walaupun zaman skrg kita ada polis, rakan cop semua benda alah tu lah.. kita tetap kena sediakan diri dengan ilmu-ilmu nih.. aku dgn kawan-kawan aku ingt memang nak teruskan pon tkwando ni. tengok la macam mana nanti..kekangan masa tu la masalah..okey..adiooss



Sunday, 19 May 2013

Dinner KASIH, Upsi 2013

penaattttttttttttttttttttttttttttttttttttt.. lega nya bila dh selesai beberapa program minggu ni.. boleh lah aku nak fokus kepada esemen yang duk merayu supaya siapkan dia cepat!. aku nak kongsi beberapa gambaq masa dinner baru baru ni.. semua gambaq ni dalam enset farah. aku malas nak pi ambik kat len.. so memang penuh muka kami kami sahaja..peace!
acc tema bagi dinner ni ialah colour blocking.. memang best tema ni sebab dia menaikkan susasana majlis yang agak suram disebabkan tempat yang terhad. tima kasih kepada yang empunya idea. kihkihkih

farah dan zaff
lawa gila baju farah ni.. zaff pun sama.. semaaattt baq hang! hahaha.. sweet tak mereka? oh no jangan salah faham mereka hanya kawan.. kawan baik uooollsss.. mungkin hati zaff telah berpunya namun farah masih single.. so berminat? sila pm.. hahah


aku yang ambik gambaq ni.. comey kot farah posing gini.. aku siap suruh farah buat DP lagi.. dan ya memang beliau buat.. hehehhe




okeh, ni ialah cik fai iaitu tutor di jabatan aku.. cik fai ni memang terbaik.. aku tak penah jumpa oqang yang sabaq, ringan tulang macam ni. u know what, dia ni bila kita bercakap dengan dia, dia sebolehnya akan mudahkan kita. tak kiqa la sebesaq mana pon masalah yang kita bagi atas kepala dia, she always smile! amazing! hahaha.. dan satu sikap dia yang aku sedang belajar juga ialah untuk menjadi sabar.. cik fai selalu cakap sabar sabar sabar.. hehehe.. inshaAllah akan diusahakan!






sayangnya nisah tak dak.. sebab dia dah janji dengan kawan dia nak pi keyel.. last2 tak jadi pi pon.. sobs3.. alangkah bagusnya kalau nisah ada sekali time ni.. tak lengkap geng kosong ni!

nani dan nizam.. depa ni selalu jeles aku dengan poji.. hahaha


untung lah nizam diapit oleh awek cun..kihkihkih






atoto... kawan kawan aku hat comey blaka.. apayah lagi kalau hat yang ambik gambaq pon lagi comey kan kan kan kan



aah sudah aku nak sambung buat esemen dr b!




Thursday, 16 May 2013

SELAMAT HARI GURU!

okey, selamat hari guru diucapkan kepada semua guru di Malaysia dan seluruh dunia lah.. tak kira la di mana jua kalian berada.. selamat hari guru nah nah.. rindu pada cikgu cikgu di sekolah..kalau boleh nak ja sambut hari guru dengan semua cikgu cikgu.. tapi apakan daya kekangan masa dan jarak.. apa apa pun kalian tetap sentiasa dalam doaku..
sayang kalian :')

Tuesday, 7 May 2013

pahit di awal, manis menanti di hujung


badan terasa lemah, otak pun sama. mental fizikal tak boleh berfungsi dengan baik.. emosi tak stabil..sangat sensitif..banyak sangat dugaan yang datang.. gagahkan jugak hati ni terima sebab aku tahu Allah tak kan uji aku melebihi kemampuan aku..

kadang-kadang terasa sedih,lemah, tak berdaya.. tak ada tempat mengadu selain Dia.. mujur jugak ada dari tak ada lansung.. aku mohon pada Mu, janganlah Kau tarik nikmat agama ini walau apapun keadaan yang berlaku ya Allah. ingatkan aku kala aku leka..leka dengan duniawi..persinggahan sementara yang penuh dengan godaan maha hebat.. yang aku jugak sesekali tewas.. bukan sesekali tapi berkali kali..malu..

aku mohon kekuatan..kekuatan semangat untuk aku tempuh smester ni yang aku kira semester paling banyak menguji, mencabar dan berjaya membuatkan aku membazirkan air mata.. tinggal lebih kurang sebulan lebih lagi untuk tamat segalanya.. tak sabar nak bercuti bersama keluarga tenangkan fikiran..

p/s : bagi manusia yang selalu mengganggu aku, tolong pergi jauh jauh..jangan serabutkan aku..tolong faham bahasa.. kesabaran aku ada had. bila masa aku bercakap mnggunakan kekerasan itu tandanya mohon faham sendiri

selamat malam

Sunday, 21 April 2013

Keja gila!



salam berhujung minggu..! alhamdulillah aku dh selesai buat 1st sesi kaunseling tadi dengan klien yang sangat senang berurusan.. walaupun time mcam tak cukup ja tapi lantaklah dh nama pun 1st sesi kan.. 
aku nak cita keja gila yang aku buat jumaat lepas.. *tak dak la gila mana*
jumaat lepas aku dengan classmate aku yang kesemuanya 6 orang kena pegi muzium negara untuk esemen group kami.. acc sedih sebenaqnya macam-macam jadi kat aku bermula dari pagi nak pi ktm smpai la selesai tugasan kami kat sana. bila dh selesai suma pakat nak jalan dengan kawan masing-masing.. memang aku sensorang lah ceqita dia.. aku pon buat keputusan last minit aku nak pi upm, tak mau balik. sementara nak sampai upm pun macam-macam hal la aku ni.. aku bukannya qeti nek lrt ka komuter ka dan sebagainya la.. so aku tekadkan hati jugak aku nak p upm macam na pon.

sebabnya kalau aku balik upsi pon bukannya aku wat esemen..duk tenung esemen tu ada la..dan kemudian mula nk stress meroyan bagai..*perangai*
so sampai ja dekat ktm serdang tu aku tunggu dalam 10 minit ke 15 kot, mmber aku ezzy pon berlari lari anak ke aku..cuak gila muka ezzy..haha..sian dia kalot kalot cari orang yang boleh drive kawasan serdang tu.. nadia pon ada, keta pakwe nadia kot tak silap aku ezzy gtau..
pertama kali jejakkan kaki ke upm, siyes suasana upm memang best, mendamaikan! aku suka aku suka! macam nak tukaq pi upm ja, tp aku tak layak..haha.

sampai ja bilik ezzy, aku salin baju tquih lena..men dengan hujan lebat plak time tu.yihuuu..best sgt.. pastu asaq aku jaga, aku msej kawan aku kat ukm tu sbb dia ajak jumpa..so aku pi mandi manda kemudia keluaq dengan kawan ukm tu..keluaq pi makan ja tapi hilang stress aku dapat gelak2 dengan beliau..sememangnya beliau kawan yang baik..
malam plak aku layan running man dengan ezyy..padahai aku tak penah tengok pon seblom ni..pastu tidoq awai..esoknya aku siap2 nak balik..aku takmau balik lewat sangat nanti letih..so kawan aku hantaq sampai ktm..alhamdulillah la aku selamat sampai bumi upsi.
pengalaman yang aku takkan lupakan..tengss to ezzy sbb sudi layan aku..*ezzy tak sihat time tu*

Thursday, 4 April 2013

waiting




lupakan hal lama, mulakan yang baru..
ambil yang jernih buang yang keruh

Wednesday, 3 April 2013

:'(



i love my bestfriends so much.. so sorry to hurt u..





P/S : nani, sarah,nisah,zimah n farah

Monday, 18 March 2013

homesick tahap icu!

selamat tengah hari dan salam petang yang indah.. hatiku gumbira sangat sebab apa, aku baru balik kampung woo... disebabkan homesick aku ni masih menghantui diri biarpun umuq sudah mencecah 22 tahun, aku nekad ponteng dua kelas pada hari sabtu lepaiihh.. ganas kan i?
macam besa la kawan aku hat homesick sesama ni memang tak dak oqang len dah melainkan nani dan nisah..kami ja hat selalu buat pala balik kampung ponteng kelas.. nak buat cemana...hati ni merindui family :( hewhewhew
so kamis malam kami berangkat pulang dengan senang hatinya.. sampai2, train delay pulak dak.. so aktiviti kami isi masa lapang, nisah bawak keluaq tab dia, maka jadilah kami serupa kanak-kanak dapat cekelat. tak peduli dah orang keliling, syok sendiri tangkap gambaq masing-masing. haha.. ekceli nak tunjuk ke sarah supaya beliau jeles kerana tidak mengikuti kami pulang ke kampung..*harap2 dia jeles la*














sangatlah poyo.. eh suka hati lah. hahah..balik ni memang aku gomoi sofia puaih puaih..geram gila tengok dia.. dia pon geran tengok aku..eh? 

aku la ikat rambut dia tu. hahhaha

sesungguhnya aku dah mula menghitung hari nak balik kampung semula... kan bes kalau upsi belakang umah aku ja :'(