Monday, 17 December 2012

Ustaz Bollywood


Ustaz Bollywood @ Ustaz Haslin Bahrin




Asslammualaikum wbt..

Menaip entry sambil dengaq burung berkicauan di tepi tingkap bilik, tingkat tiga kolej kediaman Zaba ni memang indah..tudia intro gua..kehkehkeh.. semalam aku ada gi ke mesejid kampus baru upsi sebab ada ceramah. tahu sapa jemputang nyerr? dah tau la dak dh tajuknya aku tulis tuh tuh.. iyerr ustaz bollywood. mungkin qamai yang belum tau tentang ustaz ni sebabnya dia baqu nak 'naik'. pendekatan yang ustaz ni guna sangat lain dengan yang lain. sebabnya dalam bacaan terjemahan hadis, dia bacakan ala-ala hindustan uoolss..

Tambah plak suara dia memang mabeless lah. aku mula kenai ustaz ni masa dia sama-sama jadi jemputan ke rancangan Selami Jiwa dengan Johan dan Zizan. dari sini la aku kenai dia. senang tengok muka dia yang tenang dan tegas tapi tetap selitkan unsur humor dalam penyampaian dia, baqu la oqang syok nak tengok kaann.



lepas tu, baru-baru ni aku tengok poster pasal ceramah ni ustz bollywood nak mai, tequih aku pesan kat kawan aku, jangan lupa ingatkan aku nak pi nanti. so semalam aku keluaq lambat sikit, so bus pun tak dak.wuuu..sedih kot. tapi demi menuntut ilmu, aku serta bebrapa orang lagi kat situ tekad nak jalan kaki.walaupun bahaya sebab kena lalu kawasan pembinaan yang belum siap, tapi mintak doa pada Allah ja yang mampu. akhrnya selamat jugak sampai..hehe

tapi ustaz bollywood ni atau nama sebenaqnya ustaz haslin, tersekat dalam jam di Tapah.. isau dah aku kalau kalau tak boleh jmpa dia. wuu, bukan senang kan? kita kalau tengok muka oqang2 macam ni pon dapat pahala tau tau..huhu.. alhamdulillah, dalam pukul 9 macam tu uztaz bollywood pon muncui.. yeaahh.. antara benda yang aku dapat dari penyampaian dia tu ialah masalah ni haqi-haqi akan datang ke kita. semuanya terpulang pada kita. jangan pikirkan masalah, tapi pikirkan jalan untuk keluaq daqi masalah. mendalam maksudnya tu. celik jugak lah mata gua nih..hehe. 

sampai habis aku tunggu ceramah ni dalam puku l2 baru abeh. walaupun esok tu aku ada kelas pukul 8 pagi wei! haha. tapi balik dari ceramah tu dan lagi aku on9 twitter dan jenguk2 blog buruk nih.lepas ni boleh pulak pi skpye dengan kawan perempuan aku, merapu meraban dengan dia.last2 pukui 2.30 pagi baqu masuk bilik. esoknya 6.30 pagi aku  bangun, alhamdulillah aku tak qasa malas pun. ciap cerdas lagi u, cerdas cerdas.hahha.. dan Alhamdulillah jugak tadi dah selesai presentation yang paling lama aku tunggu..cehh..haha.. kamis ni last untuk semester ni, ada jugak lagi qeja aku kena buat, iaitu handle modul. doakan aku okeh. hehe.. so kalau hampa nak tengok lagi video ceramah ustaz bollywood ni sila search u tube okeh. salam sayeng..


Counselor to be.. 



No comments:

Post a Comment