Saturday, 1 December 2012

Penghapus Dosa-dosa kecil










Assalammualaikum wbt..


Tajuk entry kali ni macam nak berceramah plak yer dak? haha..bukan ok.. cuma nak berkongsi.. hidup kita ni boleh dikatakan hari-hari melakukan dosa.. kalau bukan dosa besaq paling kurang dosa kecik.. kalau oqang macam aku ni yala haqi haqi ada ja dosa kecik besaq aku buat.. wuua~~ hinanya rasa.. lumrah kan hidup kita ni akan ditimpa musibah macam sakit itu ini.. tapi kita kena ingat sakit tu datangnya dari Dia yang menciptakan kita. Dia berfirman dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:




"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".


jadi kita janganla duk merungut kalau kalau ditimpa musibah bencana dan sebagainya. ni aku pesan untuk diqi sendiqi jugak lah kan yang selalu jugak lalai. Allah tak bagi sesuatu ujian tu tampa sebab. tahukah anda? eh.. maapkan saya.. hampa tau dak sakit yang Allah bagi tu sebenaqnya penghapus dosa-dosa kecik kita.. tak ka untung nya kita? Ada banyak hikmah sebenaqnya Allah bagi kita sakit ni antaranya menghapuskan dosa-dosa kecik kita la.



“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya”


(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Aku ingat ustaz kat sekolah aku dulu pernah cakap


"dosa kita sebenaqnya duk bawak kita jauh daqi Allah tanpa kita sedaq. sebab tu Allah bagi kita musibah, sakit ikut kemampuan kita sebab Dia nak bawak kita dekat balik dengan kita"


Haa kan? insaf betoi aku.. sebab pa? sebab memang sekarang aku tengah demam pun.. sebab tu la buat entry ni.. nak ingatkan diqi sendiqi dan oqang lain jugak..kehkeh.. **buquk gila gelak.. sebenaqnya dah seminggu lebih aku demam, tak baik2 jugak.. disebabkan tak tahan sangat, aku mintak tolong kawan baik aku Nani bawak aku pi klinik malam2 ni.. nasib bek la kawan aku ni baik..dah nama pun kawan baik kan..







tenkuiiii so much nani sayang, dh la jadi driver aku siap belanja kopok g..hahah..So alang2 aku cita ni, aku nak kongsi sikit tentang klinik yang aku pi tadi sebab ada sesuatu yang menarik tentang dia... nama klinik ni Pusat Perubatan Bakti Aminin.








suasana kat klinik tu malam ni agak lengang la, Alhamdulillah tak payah aku nak tunggu lama2.. ni kali kedua la aku pi.. ada dua oqang petugas masa tu, SubhanAllah, sejuk mata memandang tengok pakaian depa. lemah lembut lagi tu.. memang klinik ni mengamalkan ciri-ciri islamik lah.. syok betoi aku tengok.. walaupun islamik, tapi custemor dia tetap ada india dan cina. ni memang tunjukkan klinik ni diterima dan dipercayai perkhidmatan dia..kaaann? ayat aku tuh..skema betoi.. haha..so tak lama la aku tunggu pastu nurse comey tu pun panggil aku, "halimaton sadiah, masuuukk". aku pun terhegeh2 la bangun . masuk ja bilik nurse dan doktor td lempaq senyum paling maniiihhhh *manis abad ini kat aku.. eh, doktor yang sama rawat aku masa aku jatuh dulu..



sejuk dh hati tengok doktor tu, beliau dalam lingkungan 40an kot.. masih henseemm..masih boleh buat aku bernafsu la.. eh mksud aku kalau dia nak wat bini pun aku on..hahaha.. dengan jangkut nya yang kemaiihh, baju nya segak.. kiqa ok la..haha..*nampak tak permainan dia..haha..pastu doktor tu pun interbiuuu la aku.


doc: demam ka?
aku : haa demam.. hehe *duk senyum senyum kambing
doc: bila lagi demam?
aku: emm dlam seminggu dah..mula2 muntah pot pet pot pet pot pet..
doc : kenapa biaq lama sgt.. bla bla bla bla.. check itu ini..ok ambik ubat kat depan ok? **sambil  senyum macho
aku: ok terima kasih doktor..



lepas aku pun keluaq la pi dekat Nani yang landing elok kat depan tunggu aku.. sat saja pastu nama aku pun kak nurse tu panggil ambik ubat.. "adik makn ni bla bla bla bla tau?" aku pun cakap "ok kak, maseehh" ada lagi yang menarik pasai klinik ni, dekat ubat2 depa, depa ada letak satu ayat yang sebenanqnya sangat berguna..haha




dekat bawah botol ubat tu dia letakkan ayat Alquran :

"dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku:
                                                                      Asu-Syua'ra : ayat 80


kaannn? sebabnya oqang sekarang ni selalu cakap "haa nasib bek makan ubat itu ini, sebab tu sembuh" tak baik kita cakap macam tu sebab seolah-olah yang sembuhkan kita tu ubat tu.. kita kena ingat, ubat tu perantaraan saja, kalau Allah tak izinkan, kita tak sembuh jgak.. So bagi aku kan, klinik ni memang baguih sebab dia ingatkan customer2 dia supaya tak lupa berdoa pada Allah. Usaha,doa tawakal tu penting.. ok penat dah la aku menaip..nak makan sikit lepas tu mamam ubaaaiiit pulak.. harap benda yang sikit aku kongsi ni sama-sama kita amalkan..aacceewwaahh...hahah


counselor to be.. 




2 comments:

  1. selalu bila sakit je ingat Tuhan kan?aku la tu...bila sihat..lupa dah...sebab tu Tuhan bagi sakit..Dia nak ingat mengingati-Nya...

    ReplyDelete
  2. dekatkan diri dengan Allah.. Allah Maha Pengampun. pesanan utk diri sendiri jugak. peace ^_^

    ReplyDelete