Friday, 14 December 2012

Bila manusia nak buat kerja Tuhan




Assalammualaikum wbt..

Beratnya jari jari ni nak menaip. berat lagi beban atas kepala ni.. tajuk entry kali ni memang lain macam kan? sungguh aku kecewa sangat.. sebabnya, orang yang aku sayang tengah sakit sekarang. aku tau sakit tu musibah, ujian dari Allah. tapi kalau sakit tu manusia yang "buat" haa ini yang buatkan hati aku sakit. dah tu dia sakitkan orang yang aku sayang pulak.. aku ada rapat dengan sorang adik ni, biaq aku kenaikan dia sebagaii S sudah lah, umuq 19 tahun. baik orangnya, brtdung labuh, ramah, senang gelak. aku rapat dengan dia sebab dia ni brcinta dengan adik angkat aku. boleh kata aku lagi rapat dengan dia dari adik angkat aku tu. kalau dia ada mslah, dia selalu kongsi dengan aku, apa aku boleh tolong, aku tolong. lama-lama mesti lah aku dh jatuh sayang dan aku anggap depa dua ni mcam adik aku **lagipun aku tak dak adik.

Sampai la satu haqi, aku dapat tau dari adik angkat aku yang S tak sihat. asyik muntah-muntah darah sampai badan lemah. Tuhan ja tau betapa risaunya aku. adik aku cakap lagi, dh jumpa doktor tapi doktor cakap dia tak dak apa, sihat.. aku teros ambik fon, dial no dia.. senyap, talian tak jawab..risaunya.. aku pesan ke adik aku, kalau dpat contct kawan S, gtau aku nk sembang dengan S. esok tu baru aku dapat cntct S. sembang punya smbang, dia cakap dari dia dekat rumah lagi dia dah muntah **masa ni dia dah balik u dia. dia ada pi ke pusat rawatan islam darul syifa', ustz tu ada cakap sebab2 dia jadi mcam ni, dan orang sekeliling yang berkait, walaupun dia tak cerita kat ustaz tu tp ustaz tu boleh tau dengan sapa dia brkwn **merujuk ke adik angkat aku tu la. kira nya memang orang gunakan cara halus nak sakitkan S ni. Astafirullahalazim.. sedih aku dengaq. apa yang ada dengan budak yang baqu umuq 19 tahun tu. baqu nak kenal dunia. tambah sedih bila S ni jd mangsa saja. sebabnya orang yang buat tu maqahkan adik aku.

Dalam beberapa hari lepas tu, S ada mesej aku, dia cakap dia dh sihat, aku pun tumpang gmbira la.. adik aku pun bgtau S boleh gelak2 masa depa smbang fon, dia suka. tapi tak lama.. dalam dua malam lepas adik aku mesej.katanya S pengsan tak sedaq. bawak ke klinik doktor cakap tak dak apa. aku qisau sangat2, brgenang jugak ayaq mata ni.. simpati keadaan dia.. ada masa S sedaq, dia caqi mak ayah dia.. masa tu fmly dia dalam prjalanan dari kl. so kawan2 S la yang jaga. dia lemah ja.. sedaq skali lagi dia sebut nama adik aku tuh. sedih kot aku dgq berita ni. aku kol kawan S tak angkat, mybe sbb dh lewat malam.. masa tu.aku risau, tak boleh fokus dalam kelas **sebab masa dapat msj tu aku dalam kelas.

Tadi pulak dalam lepas magrb aku dapat msj daqi S.. tapi, mesej mengarut. tak macam selalu. aku dah mula tak sedap hati. aku reply, aku tnya kenapa. dia rply pndek. S jarang msj, dia selalu akan kol aku kalau nak smbang. kalau mesej, dia akan mesej pnjang-pnjang. dia blas mesej aku, masih dengan merepek. aku ni dah la hot tempered, aku tegas dengan dia masa blas msj tu.lama aku tnggu dia blas, dia senyap terus. risau dah aku. tak lama lepas tu kak dia mesej dengan aku, cakap mintak maap sbb S jadi keadaan makin teruk, kak dia mmg xbg dia pegang enset..suka cakap bukan-bukan. tetiba dia dh benci dengan adik aku tu. sedangkan semua dah maklum dia memang sayang sgt ke adik aku. aku pon borak-borak dengan kakak dia, kak dia cakap S akan duduk kat rumah sampai dia betol2 sembuh. sayangnya.. study dia mmg terganggu la.mngkin kena tangguh dulu. aku tak sabaq nak balik cuti study week ni, aku cadang dengan adik aku nak pi mlawat S.. rindu sangat.

Aku betoi betoi tak faham dengan manusia ni. sakit, ajal maut, jodoh tu kan suma keja Tuhan, Allah swt. tak malu ka kita ni hamba saja, kalot nak buat tu semua. kalau Allah bagi kebebasan kat kita ajal maut, jdoh suma tu nk pilih sendiqi, tak ka hancuq dunia ni. mesti semua nya akan nak pertahan kemahuan masing-masing,huru hara lah dunia... ada yang kita boleh dapat apa kita nak, ada yang tak boleh. kalau kita tak dapat apa kita nak, redha saja lah. sebabnya Allah tu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. kita ni hamba saja, tolong sedaq ke diqi. yakin pada Allah tu wajib, sebab ni kaitan dengan akidah kita. Allahurobbi, tak tahan sebak aku nak menaip luahan ni. 


"Allah Mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa tersembunyi di dalam hati." (Surah al-Mukmin: 19)



Lari lah ke hujung dunia pun, Dia Maha Mengetahui. aku sendiri pernah mnjadi mangsa kerakusan manusia bernafsu syaitan ni. semuanya sebab bnda kecik saja..sorang hamba Allah ni sakit hati bila aku tolak dua kali risikan dia.. masa tu aku ada pilihan aku sendiri lagi pun aku still blajaq kan.. family aku suma sedia maklum. yang paling best orang yang tolong merisik tu pun dah tau aku ada pilihan hati aku.. macam S jugak, dia buatkan aku jd xtenang, mimpi ngeri ni hmpir setiap malam smpai aku jadi takut nak tidoq, semangat hilang, astik lemah badan, sakit sendi mcm2 lagi la.. yang paling best dia buat aku jd xsuka ke buah hati aku tu. buah hati aku tu pun sama la, last2 putus lah kami..bersorak lah dia.. emosi aku ni jangan dikata la, down sentiasa. aku cuba kawal, tapi tak boleh. semangat hilang.. banyak tempat aku pi berubat, semuanya cakap benda yang sama even aku xcerita pun apa yang jadi. susahnya tuhan saja yang tau. aku sedih tengok family yang asyik risaukan aku. kadang2 aku pun dah putus asa nak berubat, asyik menangis ja. tapi bila tgk muka mak ayah duk brharap aku sihat, aku rasa serba salah, brdosa..mcm nak hmpakan depa.. Alhamdulillah, berkat doa mak ayah, aku sekarang ni dah makin sihat. tapi marah pada manusia yang buat aku tu masih ada. aku manusia biasa, tak mampu nak hilangkan qasa maqah ni dengan senang. Insha Allah masa yang akan bantu aku lupakan semua ni.

Tapi bila dah aku makin pulih, orang yang aku sayang pulak tengah menderita. aku faham sangat keadaan dia, sebab aku dah lalui. aku rindu dia. aku nak sangat pegang tangan dia dan cakap aku sayangkan dia, kuatkan semangat.nanti kta boleh pi riadah men bowling sama-sama lagi macam hari tu. T__T. mungkin len kali S akan menang pulak kan sayang. kuatkan semangat, doa kak sentiasa dengan sayang. kawan-kawan yang baca entry kali ni, mintak doakan supaya S cepat sembuh ok? i'm begging.. pliss.. T__T salam..


pray for her pliss. T_T


Counselor to be..

10 comments:

  1. sorii...(~_~)

    xtau nak kata pa, slalunya jari2 ni pandai sgt dok taip!
    smoga ampa dua2 kembali sehat... kalu nak pujuk, saya tau mesti dah ramai yang pujuk ampa...

    jadi saya doakan ja la smoga ampa dua2 kembali sehat...

    sori...

    ReplyDelete
  2. tenkiu jojih.. so much. pray for her plis T__T

    ReplyDelete
  3. mekasih singgah & follow blog saya. datang sini balas kunjungan ;)

    ReplyDelete
  4. aduh. tersentuh hati momoy baca entry ni TT
    salam kenalan cikgu cantik

    ReplyDelete
  5. penah terjadi pada arwah nenek just because nak berebut harta yang sekangkang kera..sgt sedih..plus now mak plak orang dengki..kita xkaco orang tapi orang still xpuas ati dgn kelebihan kita..kenape??

    ReplyDelete
  6. hati manusia ni lain lain sayang. pegangan agama tu penting. jangan dibalas kejahatan dengan kejahatan, tapi sebaliknya ok. selebihnya serahkan pada Dia Yang Maha Kuasa. =)

    ReplyDelete